Dunia telah mencadangkan bahawa spirulina yaitu sejenis mikroalgae merupakan sumber makanan segera yang sangat baik. Spirulina hidup dengan suburnya di kawasan yang beriklim tropika dan air yang beralkali di seluruh dunia. Spirulina sangat kaya dengan nutrien dan tiada bijirin atau tumbuhan yang mempunyai khasiat seumpamanya.
Nama tempatan : Spirulina
Nama saintifik : Athospira sp.
Kandungan nutrisi spirulina
Asid linolenik Gamma (GLA), asid linoleik, asid arachidonik, vitamin B12 (sangat diperlukan terutamanya vegetarian, untuk kesihatan sel darah merah), zat besi, protein yang tinggi (60 – 70%), asid amino penting, asid nukleik RNA dan DNA, klorofil, fikosianin, pigmen biru yang hanya terdapat dalam alga biru hijau yang bertindak meningkatkan tempoh kehidupan tikus yang menghidap kanser hati dalam kajian makmal yang dijalankan.
Kelebihan dan kebaikan teh herba
Menurut kajian yang dilakukan oleh para ilmuan Jepun, China, India, Eropah dan Amerika mereka mengatakan spirulina sangat baik untuk kesihatan manusia, yaitu berguna untuk
- Bertindak sebagai antivirus
- Menurunkan kadar kolestrol
- Memperbaiki sistem hati sebagai penyaring lemak dan toksik
- Menurunkan risiko kanser
- Meningkatkan imunisasi tubuh
- Meneutralkan keracunan pada ginjal
- Meningkatkan pertumbuhan bakteria probiotik
- Mempercepatkan penyembuhan luka luar dan dalam
- Mengatasi masalah kekurangan zat dan mineral.
- Melindungi mereka yang sering terdedah kepada sinar radiasi
- Mengatasi kelemahan tubuh badan pada penderita diabetis
- Pengganti sayuran hijau terutama mereka yang tidak gemarkan sayur

0 komentar:
Poskan Komentar